Sunday, 24 May 2015

MAJLIS MAKAN-MAKAN BERSAMA PROF YANG TERSAYANG


Pada hari khamis yang lepas iaitu bersamaan 21 Mei 2015, kumpulan kursus kami telah mengadakan acara 'potluck' bersama-sama dengan Prof. Dr. Marzita. Memandangkan ini merupakan hari kelas yang terakhir bagi kursus Trends and Issue in Education for Mathematical Science (SME3023) jadi, kami semua bersepakat mengadakan acara ini. Acara ini juga untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli kelas. Sesungguhnya kami berasa sangat sedih kerana selepas ini, tiada lagi kelas bersama dengan kawan-kawan dari kursus ini dan Prof. Dr. Marzita memandangkan semester ini merupakan semester terakhir sebelum kami bergelar graduan. Kami berharap memori yang tercipta selama 13 minggu bersama-sama akan kekal dalam ingatan. Akhir Sekali, terimalah pantun dari kami, 

Kalau ada sumur diladang,
Boleh kami tumpang Mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita jumpa lagi.


Terima kasih Prof. Dr. Marzita, We love u!

yumm..yumm

Saturday, 23 May 2015


KONSEP PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PPIK)


Pengetahuan pedagogi isi kandungan di kembangkan oleh Shulman (1986) dengan satu kerangka baru untuk pendidikan guru dengan memperkenalkan konsep pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK). PPIK yang dicadangkan oleh Shulman (1986) telah sebagai satu model perspektif yang lebih luas untuk memahami proses pengajaran dan pembelajaran. Projek ini mengkaji bagaimana guru-guru memperoleh kefahaman baru tentang isi kandungan dan bagaimana kefahaman baru ini mempengaruhi amalan pengajaran mereka. Menurut Shulman (1987: 15) PPIK ialah satu jenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru dan ia berdasarkan kepada cara guru mengaitkan pengetahuan pedagogi (pengetahuan tentang cara mengajar) yang dimiliki kepada pengetahuan isi kandungan (apa yang perlu diajar).  Integrasi kedua-dua jenis pengetahuan tersebut menghasilkan pengetahuan pedagogi isi kandungan.
Menurut Shulman (1987) lagi, PPIK adalah salah satu daripada tujuh asas pengetahuan yang perlu dimiliki oleh seseorang pendidik. Tujuh asas pengetahuan tersebut ialah pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am, pengetahuan kurikulum pengetahuan pedagogi isi kandungan,pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri pelajar, pengetahuan tentang konteks pendidikan dan pengetahuan tentang matlamat-matlamat pendidikan. Beliau turut berhujah bahawa PPIK ialah pengetahuan yang unik kepada profesion perguruan. Pengetahuan ini membezakan seorang guru daripada seorang pakar bidang.
Terdapat juga pengkaji menemui hubungan positif antara pengetahuan isi kandungan guru dengan pencapaian murid. (Abell, 2007; Darling-Hammond, 2000). Ini disokong oleh Shulman (1987), PPIK berkaitan dengan kebolehan seseorang guru untuk mengubah pengetahuan isi kandungan yang dimilikinya kepada bentuk yang sesuai untuk pengajaran serta sesuai dengan kebolehan dan latar belakang pelajar. Ini menunjukkan bahawa kefahaman dan keupayaan guru bukan sahaja bergantung kepada pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi tetapi juga bergantung kepada pengetahuan guru berkenaan dengan pedagogi yang berkaitan dengan subjek tertentu untuk pelajar yang khusus.



Bil.
Asas Pengetahuan
Huraian
1.
Pengetahuan Isi Kandungan
   Falsafah subjek
   Teori-teori tentang subjek
   Struktur ilmu subjek
   Kandungan subjek
2.
Pengetahuan Pedagogi Am
       Prinsip pengajaran
       Strategi pengajaran
       Pengurusan bilik darjah
       Pengurusan idea
3.
Pengetahuan Kurikulum
       Konsep dan pengertian kurikulum
       Teori-teori kurikulum
       Model-model kurikulum
4.
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
       Kefahaman tentang kandungan mata pelajaran dan pedagogi
       Taakulan pedagogi
       Kefahaman tentang kandungan mata pelajaran
       Transformasi
            -    Persediaan
            -    Gambaran
            -    Pemilihan
            -    Adaptasi
       Pengajaran dan pembelajaran
       Penilaian
       Refleksi
5.
Pengetahuan Tentang Pelajar
       Ciri-ciri psikologi
       Latar belakang keluarga
       Rakan sebaya
       Keadaan komuniti
       Prospek kerjaya
6.
Pengetahuan Konteks Pendidikan di Malaysia
       Sejarah sistem pendidikan di Malaysia
       Matlamat pendidikan di Malaysia
       Struktur pendidikan di Malaysia
       Pengaruh perubahan ekonomi terhadap sistem dan corak pendidikan
       Pengaruh budaya setempat terhadap sekolah
7.
Pengetahuan Tentang Matlamat Pendidikan Malaysia
       Tujuan pendidikan
       Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK):
            i.    Asas pembinaan FPK.
            ii.   Bentuk dan prinsip pendidikan.
            iii.  Proses&pelaksanaan pendidikan.
            iv.  Kesan akhir pendidikan.

PENGENALAN "PCK/PPIK"



Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan ( PPIK/PCK ) boleh didefinisikan dari pelbagai aspek. Pedagogi itu sendiri mempunyai maksud dari perspektif Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), iaitu kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran. Sebaliknya, menurut Concise Encyclopedia Britannica, pedagogi merupakan suatu seni pengajaran yang melibatkan penggunaan kaedah dan teknik mengajar. Seterusnya, pengetahuan adalah sesuatu yang diketahui berkaitan dengan proses pembelajaran. Proses belajar ini dipengaruhi berbagai faktor dari dalam seperti motivasi dan faktor luar berupa sarana informasi yang tersedia serta keadaan sosial budaya.
      Menurut Tengku Zawawi (2009), pengetahuan pedagogi isi kandungan melibatkan analogi, contoh, penerangan dan demontrasi yang efektif, di samping mengambil kira latar belakang pelajar.  Sebaliknya, menurut Shulman (1987),pengetahuan pedagogi isi kandungan ialah :

“Satu jenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru dan ia berdasarkan kepada guru mengaitkan pengetahuan pedagogi (pengetahuan tentang cara mengajar) yang dimiliki kepada pengetahuan isi kandungan (apa yang perlu diajar). Integrasi kedua-dua jenis pengetahuan tersebut menghasilkan pengetahuan pedagogi isi kandungan.”

Pengintegrasian komponen-komponen PPIK yang seimbang menghasilkan PPIK guru yang mantap. Guru memerlukan PPIK yang mantap untuk menghasilkan P&P yang berkesan. Pengajaran guru yang berkesan dapat meningkatkan kefahaman pelajar sehingga berlakunya perubahan tingkah laku pada pelajar (Norasmah Othman & Shuki Osman, 2009). Antara komponen-komponen PPIK yang diperlukan oleh guru ialah Pengetahuan Isi Kandungan (PIK) subjek, Pengetahuan Pedagogi (PP) subjek, Pengetahuan Terhadap Pelajar (PTP), dan Kepercayaan Guru Terhadap Ciri-Ciri Subjek serta Pendekatan Pengajarannya (KCSPP) (Abdul Aziz Abd Kadir, 2008; Zaidah Yazid, 2005). Kesemua komponen-komponen ini berintegrasi semasa pengajaran untuk menghasilkan pengajaran yang mudah difahami oleh pelajar.