Sunday, 19 April 2015

PROGRAM GENIUS MATEMATIK BERSAMA PELAJAR SK BALUN


Pada 18 April 2015, kumpulan kursus kami telah mengadakan satu program bersama pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Balun, Slim River, Perak. Kami telah mengadakan program 'GENIUS MATEMATIK' bersama dengan pelajar darjah 4, 5 dan 6.Pelbagai slot yang menarik dan berguna telah dibuat bagi memantapkan ilmu matematik dalam diri pelajar-pelajar SK Balun. Program Genius Matematik adalah satu program yang buat kali pertamanya dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Pelaksana kursus Trends and Issues in Education for Mathematical Sciences (SME 3023) Universiti Pendidikan Sultan Idris.
                Program ini telah dijalankan selama satu hari di Sekolah Kebangsaan Balun. Program ini dijalankan dengan hasil kerjasama semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana dan pelajar kursus ini. Program ini dapat mengeratkan jalinan ukhwah antara mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) dengan para pelajar Sekolah Kebangsaan Balun.Antara objektif-objektif program yang dijalankan ialah:

i. Menyemai minat yang mendalam untuk mempelajari matematik dalam kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Balun. 

ii. Memberi pendedahan dan keyakinan kepada bakal-bakal guru tentang persekitaran dan suasana persekolahan yang sebenar. 

iii. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan pihak sekolah. 

iv. Memberi pengalaman dan pengetahuan baharu kepada mahasiswa/i tentang pendidikan di sekolah. 


Pelajar bersemangat menjawab soalan yang diberi
Pelajar berbincang bersama-sama ahli kumpulan masing-masing.

Berikut adalah tentatif sepanjang program 'GENIUS MATEMATIK' berlangsung:


No comments:

Post a Comment