Pengetahuan pedagogi isi kandungan di
kembangkan oleh Shulman
(1986) dengan satu kerangka baru untuk
pendidikan
guru dengan memperkenalkan konsep pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK). PPIK yang
dicadangkan oleh Shulman (1986) telah sebagai satu model perspektif yang lebih
luas untuk memahami proses pengajaran dan pembelajaran. Projek ini mengkaji
bagaimana guru-guru memperoleh kefahaman baru tentang isi kandungan dan
bagaimana kefahaman baru ini mempengaruhi amalan pengajaran mereka. Menurut
Shulman (1987: 15) PPIK ialah satu jenis pengetahuan yang unik bagi seseorang
guru dan ia berdasarkan kepada cara guru mengaitkan pengetahuan pedagogi (pengetahuan
tentang cara mengajar) yang dimiliki kepada pengetahuan isi kandungan (apa yang
perlu diajar). Integrasi kedua-dua jenis
pengetahuan tersebut menghasilkan pengetahuan pedagogi isi kandungan.
Menurut
Shulman (1987) lagi, PPIK adalah salah satu daripada tujuh asas pengetahuan
yang perlu dimiliki oleh seseorang pendidik. Tujuh asas pengetahuan tersebut
ialah pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am, pengetahuan kurikulum
pengetahuan pedagogi isi kandungan,pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri
pelajar, pengetahuan tentang konteks pendidikan dan pengetahuan tentang
matlamat-matlamat pendidikan. Beliau turut berhujah bahawa PPIK ialah
pengetahuan yang unik kepada profesion perguruan. Pengetahuan ini membezakan
seorang guru daripada seorang pakar bidang.
Terdapat
juga pengkaji menemui hubungan positif antara pengetahuan isi kandungan guru
dengan pencapaian murid. (Abell, 2007; Darling-Hammond, 2000).
Ini
disokong oleh Shulman (1987), PPIK berkaitan dengan kebolehan
seseorang guru untuk mengubah pengetahuan isi kandungan yang dimilikinya kepada
bentuk yang sesuai untuk pengajaran serta sesuai dengan kebolehan dan latar
belakang pelajar. Ini menunjukkan bahawa kefahaman dan keupayaan guru bukan
sahaja bergantung kepada pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi tetapi
juga bergantung kepada pengetahuan guru berkenaan dengan pedagogi yang
berkaitan dengan subjek tertentu untuk pelajar yang khusus.
|
Bil.
|
Asas Pengetahuan
|
Huraian
|
|
1.
|
Pengetahuan
Isi Kandungan
|
•
Falsafah subjek
•
Teori-teori tentang subjek
•
Struktur ilmu subjek
•
Kandungan subjek
|
|
2.
|
Pengetahuan
Pedagogi Am
|
•
Prinsip pengajaran
•
Strategi pengajaran
•
Pengurusan bilik darjah
•
Pengurusan idea
|
|
3.
|
Pengetahuan
Kurikulum
|
•
Konsep dan pengertian kurikulum
•
Teori-teori kurikulum
•
Model-model kurikulum
|
|
4.
|
Pengetahuan
Pedagogi Isi Kandungan
|
•
Kefahaman tentang kandungan mata pelajaran dan
pedagogi
•
Taakulan pedagogi
•
Kefahaman tentang kandungan mata pelajaran
•
Transformasi
- Persediaan
- Gambaran
- Pemilihan
- Adaptasi
•
Pengajaran dan pembelajaran
•
Penilaian
•
Refleksi
|
|
5.
|
Pengetahuan
Tentang Pelajar
|
•
Ciri-ciri psikologi
•
Latar belakang keluarga
•
Rakan sebaya
•
Keadaan komuniti
•
Prospek kerjaya
|
|
6.
|
Pengetahuan Konteks
Pendidikan di Malaysia
|
•
Sejarah sistem pendidikan di Malaysia
•
Matlamat pendidikan di Malaysia
•
Struktur pendidikan di Malaysia
•
Pengaruh perubahan ekonomi terhadap sistem dan corak
pendidikan
•
Pengaruh budaya setempat terhadap sekolah
|
|
7.
|
Pengetahuan Tentang
Matlamat Pendidikan Malaysia
|
•
Tujuan pendidikan
•
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK):
i. Asas pembinaan FPK.
ii. Bentuk dan prinsip pendidikan.
iii. Proses&pelaksanaan pendidikan.
iv. Kesan akhir pendidikan.
|
No comments:
Post a Comment